7 Apr 2016

PENDAFTARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI 2017

PENGEDAR SAH SHAKLEE SEMENYIH : PENDAFTARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI TAHUN 2017


Assalamualaikum & Salam Sayang Semua

Untuk makluman, buat ibu bapa yang bercita-cita untuk menghantar anak ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) telah dibuka dari 1 April 2016 sehingga 29 April 2016 tau!

Hari Jumaat (1/4/16) dah tengahari baru NaNa teringat, hari ini dah start untuk pendaftaran Darjah 1 ke SRAI!!! Terus whatsapp adik ipar NaNa nak kirim ambilkan borang, kalau-kalau dia singgah ambil.. Tapi Cik Nita x sempat nak singgah ke SRAI Beranang...

Jadinya, pagi Isnin (4/4/16) ingat nak masuk opis lambat sikit, nak ambil borang sahaja... Sekali! nak ambil borang SRAI, kene bawa sekali pengesahan pendaftaran ke Sekolah Kebangsaan...


Masa menunggu nak ambil borang, tengok dekat banner yang tergantung tidak pula diberitahu... Tak mengapalah.. Pengalaman kan... Masa Aunie dulu, tak terfikir pon pasal SRAI ni... Ni baru 1st time nak mengambil borang...




Ok, jadinya, NaNa pon pulang la semula ke rumah, sediakan segala dokumen yang diperlukan...

Ini antara dokumen yang diperlukan yer :

1. 1 Salinan Pendaftaran Darjah 1 ke Sekolah Kebangsaan (Salinan disahkan oleh Ketua Kampung / Guru Besar) - NaNa sertakan jugak salinan Pendaftaran yang diisi secara online (Disahkan juga)

2. 2 keping salinan Surat Beranak

3. 1 Salinan IC Ibu & Bapa

4. 1 Salinan pengesahan alamat (bil api / air / telefon / internet)

5. 3 helai sampul surat beralamat sendiri berserta setem RM0.80 (setiap satu)

6. 2 Keping gambar

7. RM10 untuk yuran pendaftaran. Sediakan juga lagi RM10 untuk membeli buku latihan untuk Ujian Kemasukan Sekolah (UKS).


Siap sahaja semua dokumen yang diperlukan, NaNa pon pergi semula ke Sekolah untuk pendaftaran. Senang, tak perlu nak ualang 2-3 kali.. Benda yang sama juga NaNa pesan kat adik ipar NaNa... 



Ini adalah antara garis panduan untuk kemasukkan ke SRAI tau... Sorry gambar tak berapa nak jelas pula..



Oh ya.. bagi yang sedia tahu atau yang tidak tahu, untuk masuk ke SRAI akan diadakan ujian terlebih dahulu kerana kemasukkan murid baru amat-amat terhad. Untuk SRAI Beranang, hanya 70 orang sahaja yang akan dipilih. 


Mengikut pembacaan NaNa melalui beberapa blog, ujian ni agak sukar juga tau.. Guru2 yang menjaga periksa pon sangat-sangat straight!! Soalan dalam buku latihan ini pon, boleh tahan kesukarannya!!


Untuk persediaan, NaNa dah siap scan & print banyak-banyak untuk Adieb buat latihan.. Abang Adieb ada masa 1 bulan 1/2 jer lagi.. Tahun ini ujian UKS akan dibuat pada 28 Mei 2016...

Tak pe lah, kita cuba dulu... InsyaAllah, jika ada rezeki abang Adieb, InsyaAllah sayang... 

Untuk sesiapa yang mahu soalan contoh, boleh email kat NaNa alamat email anda yer... 

ielyn45@gmail.com


Selamat berusaha anak ku Adieb Uzaer Bin Hayme serta anak-anak yang sebaya semua!!




Jika anda ingin menikmati harga penjimatan harga sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee... Dengan hanya RM68.50 sahaja seumur hidup anda layak untuk menikmati lebih banyak keistimewaan lain...





Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE  ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Segala maklumat Produk / Testimoni di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu