30 Sep 2013

Mengapa Perlu Mengambil Multivitamin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Terdapat banyak sebab mengapa multivitamin diperlukan oleh badan. Kebanyakan orang gagal untuk memenuhi kesemua nutrisi yang diperlukan disebabkan oleh banyak faktor:
- diet yang ketat
- kurang selera makan
- mengubah keperluan pemakanan
- pilihan makanan yang kurang sihat.

Mengambil multivitamin sekali sehari adalah satu cara yang mudah untuk mengisi jurang nutrisi dalam pemakanan.

Tapi, banyak sangat jenis multivitamin yang ada di pasaran. Bagaimana cara untuk memilih yang terbaik ye?

Jom NaNa kongsikan tips untuk memilih multivitamin anda.


Apa yang perlu ada dalam Multivitamin

1. Baca label dengan teliti. Label produk mengenal pasti nutrien dimasukkan dan jumlah yang terkandung dalam setiap hidangan.

2. Dapatkan vitamin dan mineral asas. Kebanyakan multivitamin biasanya termasuk vitamin dan mineral berikut : Vitamin C, B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B6, asid folik (B9), B12, B5 (pantothenic asid), biotin, A, E , kalium D2 atau D3 (cholecalciferol), K, iodin, selenium, borate, zink, kalsium , magnesium, mangan, molibdenum, betacarotene, dan besi.

3. Semak peratusan. Secara umum, memilih makanan tambahan yang menyediakan 100 % daripada Nilai harian (DV) bagi kebanyakan vitamin dan mineral dalam makanan tambahan itu.

4. Multivitamin moden boleh didapati dalam pelbagai formula yang bertujuan untuk membantu orang dengan keperluan pemakanan tertentu atau keadaan. Beberapa perkara yang lebih popular datang dengan atau tanpa zat besi, atau sebagai formula berpotensi tinggi yang mengandungi sekurang-kurangnya dua pertiga daripada nutrien disyorkan. Multivitamin lain boleh mengandungi nutrien tambahan seperti antioksidan, atau rumusan yang khusus kepada syarat-syarat tertentu, seperti vitamin pranatal.

5. Jangan keterlaluan. Elakkan multivitamin yang melebihi 100% nilai harian yang disyorkan, kerana makanan tambahan di samping nutrien dalam makanan, dan beberapa, dalam dos yang besar, boleh membina dan menjadi toksik.


Vita-Lea Shaklee ternyata memenuhi ciri-ciri di atas. Dengan 28 vitamin dan mineral penting, penggunaannya secara harian boleh membantu:
- Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
- Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
- Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
- Memberikan perlindungan menentang kerosakan sel akbiat radikal bebas

Harganya memang berbaloi-baloi dan mampu dimiliki oleh semua orang. Sebotol boleh tahan 4 bulan. Tidak sampai RM1 pun sehari.

Jika kita tidak sayangkan tubuh sendiri, siapa lagi nak sayangkan tubuh kita?



Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com




Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 





29 Sep 2013

HALAL KE SHAKLEE??

Assalamualaikaum & Salam Sejahtera



Entry ini khas buat anda-anda yang ragu-ragu dengan status HALAL produk Shaklee. Harapan NaNa, selepas anda baca entry ini..anda mampu menilai dengan baik.

-----------------------------------------------------------------------------------

Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza.

Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.

-----------------------------------------------------------------------------------

Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.



Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah


Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
-----------------------------------------------------------------------------------

Itu dia hasil penyelidikan rakan saya.

Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk SOY LECITHIN. 


Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.


CREDIT TO;



NaNa sertakan juga Sijil HALAL yang telah dikeluarkan untuk produk2 Shaklee.



Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 





Jom Berpantang Dengan Set 3M & Set Berpantang Shaklee!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



NaNa percaya ramai ibu2 yang sedang menunggu hari sedang berkira-kira dan survey set berpantang mana yang nak digunakan sewaktu di dalam tempoh berpantang nanti. JANGAN ragu2 jom pilih SET BERSALIN / SET BERPANTANG SHAKLEE.





Kenapa kena pilih Set Berpantang Shaklee sebagai set berpantang anda? 

Kerana Shaklee adalah SELAMAT dan UNIK jika nak dibandingkan dengan set berpantang atau set bersalin lain2 yang berada di pasaran sekarang.

1) SELAMAT kerana vitamin Shaklee boleh diambil oleh ibu yang baru melahirkan bayi seawal 2 jam selepas melahirkan bayi. 

2) SELAMAT kerana vitamin Shaklee boleh dimakan oleh ibu yang bayi di sahkan ada masalah jaundis / sakit kuning.

3) SELAMAT kerana ibu yang melahirkan bayi secara normal atau pembedahan boleh makan vitamin Shaklee ini.

4) UNIK kerana gabungan vitamin yang ada di dalam set bersalin atau set berpantang Shaklee ini membuatkan ibu akan lebih cergas, lebih bertenaga, lebih anggun dan cantik.

5) UNIK kerana luka ibu akan lebih cepat sembuh.

6) UNIK kerana susu ibu akan meriah dan pekat dengan adanya ESP dalam set ini. Baby akan cepat kenyang bila meyusu susu ibu.

Jika anda telah mengambil set berpantang atau set bersalin Shaklee ni, anda tidak perlu lagi makan apa-apa jenis jamu. Tapi, seandainya anda ingin juga mengambil jamu, anda perlu jarakkan masa pengambilan antara vitamin Shaklee dan jamu pilihan anda.

NaNa juga telah mengamalkan Set Berpantang ini. Alhamdullilah, luka jahitan cepat sembuh, badan segar, bila berjaga malam masih bertenaga, susu pun meriah... Kini, Ammar telah berusia 1 tahun, susu masih lagi meriah dan Ammar sangat bambam... cuma bila dah dapat kaki ni dah susut ckit badannya... Ini lah budak bambam itu..



Jom kita tengok testimoni pengguna yang berpuashati dengan Set Bersalin / Set Berpantang Shaklee







Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



Shaklee Ohh Shaklee!! : Closing September 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alahai...lagi 2 hari nak closing!!! Dari semalam (Jumaat) dah planning nak keluar awal2 pagi nak beratur depan pintu Shaklee HQ. Almaklumlah minggu lepas 1st time membeli belah di HQ, terkejut dengan suasana yang sangat meriah...

Selesai menunaikan tanggungjawab, subuh2 dah masok dapur masak untuk 3 in 1 sarapan, lunch & dinner. Menu hari ni Nasi Lemak ala-ala makcik kantin sekolah dulu2 buat anak3 di rumah. Ok done!! 

Perjalanan hari ni ditemani oleh Kanda Tercinta...



Sebelum menuju ke HQ, singgah sebentar ke SYABAS KL jumpa sahabat lama untuk COD Set Kesuburan buat Anis Ali. Difahamkan Set Kesuburan ini adalah hadiah ulang tahun perkahwinan buat beliau....Wa!! terharu mendengarnya...Sebelum terlupa Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang ke...?? NaNa doakan semoga jodoh kalian berkekalan sehingga ke Jannah dan semoga dengan mengamalkan Shaklee ni kalian akan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata...Aamiin...

Ok perjalanan diteruskan ke HQ...Sesampai di Empire lagi 5 minit pukul 10...Tadaaaa...Ya Allah...dah ramai orang yang serbu...Pukul berapa mereka2 ni sampai??





Ok no giliran saya 1016... hampir 1 jam juga la menunggu... MasyaAllah...orang semakin ramai berpusu-pusu untuk membeli stok sebelum closing september ni. Selesai membeli, jom beratur ambil barang... Lagi sekali, MasyaAllah...panjang sungguh barisannya... Mahu ada 30 orang kat depan NaNa... Dengan penuh kesabaran menunggu dengan penuh semangat!!!


Ok 45 minit berdiri... Tadaaaa!!! Ini lah hasil tuaian hari ini....Ini sekali dengan Ummi Jannatul Fadilah punya barang...NaNa punya cikit jer...InsyaAllah...sedikit masa lagi pasti stok NaNa akan begini...


Lagi gambar2 meriah di Shaklee Empire hari ini...





Ok, setelah 2 jam berada di HQ, perut pon dah minta diisi...So hari ni dating dengan Kanda Tercinta di Belanga Empire. 1st time nak masuk...Sebelum ni penah masok yang kat Garden Mid Valley.

Belanga Empire

Air mineral, Barli Suam & Sago Gula Melaka (Sedap!!)

Laksam (banyak sungguh laksa nya...jenuh nak habiskan)

Nasi Kerabu Daging (daging sedap...lembut..)

Cucur Udang

Selesai sudah misi hari ini...


Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


28 Sep 2013

Susu Merudum?? Jom pelajari teknik Power Pumping

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sewaktu di dalam pantang ketika Ammar berusia sebulan, susu NaNa drop. Selalunya bila pam NaNa akan dapat 6 - 7 oz. Tapi satu hari tu, NaNa pam hanya dapat 2 oz!! Ya Allah!! rasa drop terus...Than lepas 3 jam NaNa pam lagi...hasil tetap sama...Hanya tuhan sahaja tahu perasaan waktu itu.



NaNa kemudiannya call Leader Shaklee NaNa, Ummi Jannatul Fadhilah, mengadu nasib...sob..sob...sob...Ummi tenangkan NaNa, ummi ajar NaNa untuk positif, susu adalah rezeki dari Allah, mohon doa banyak2 dariNya. Selawat, zikir jangan tinggal. Than ummi ajar cara power pumping... Alhamdullilah, susu kembali kepada asal...Terima kasih banyak2 buat ummi yang banyak memberi kata-kata semangat...



Jomm...jomm kita pelajari teknik Power Pumping...




Apa itu Power Pumping?


Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.


Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.


Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1 jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1 jam.


Saranan Waktu Mengepam

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.


Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Mula-mula sekali kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. 

Dicadangkan, seelok-eloknya kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa, zikir & selawat. InsyaAllah...

Jom kita tengok beberapa testimoni pengguna yang telah berjaya mengamalkan Power Pumping ni.



lain-lain : Credit to Ummi Erna








Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

26 Sep 2013

Testomoni GLA Complex : Syukur Alhamdullilah...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Anda mempunyai masalah period tidak teratur?
Anda mengalami simptom-simptom menoupos?
Anda mengalami simptom PMS?
Anda ada Cyst?

Jom cuba GLA Complex Shaklee!!


Sedikit info mengenai GLA Complex 

- GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

- Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

- Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

- Dalam kes diabetis, ianya mampu menghalang komplikasi diabetis dengan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan rasa kebas2 dan kesakitan.

Untuk Wanita, GLA Complex membantu anda,

* Menstabilkan Hormon
* Membantu membetulkan kitaran haid
* Membantu meingkatkan tahap kesuburan
* Membantu penurunan berat badan
* Mencantikkan kulit

Testimoni pengguna GLA Complex









Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com


Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.