28 Sep 2013

Susu Merudum?? Jom pelajari teknik Power Pumping

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sewaktu di dalam pantang ketika Ammar berusia sebulan, susu NaNa drop. Selalunya bila pam NaNa akan dapat 6 - 7 oz. Tapi satu hari tu, NaNa pam hanya dapat 2 oz!! Ya Allah!! rasa drop terus...Than lepas 3 jam NaNa pam lagi...hasil tetap sama...Hanya tuhan sahaja tahu perasaan waktu itu.



NaNa kemudiannya call Leader Shaklee NaNa, Ummi Jannatul Fadhilah, mengadu nasib...sob..sob...sob...Ummi tenangkan NaNa, ummi ajar NaNa untuk positif, susu adalah rezeki dari Allah, mohon doa banyak2 dariNya. Selawat, zikir jangan tinggal. Than ummi ajar cara power pumping... Alhamdullilah, susu kembali kepada asal...Terima kasih banyak2 buat ummi yang banyak memberi kata-kata semangat...



Jomm...jomm kita pelajari teknik Power Pumping...




Apa itu Power Pumping?


Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.


Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.


Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1 jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1 jam.


Saranan Waktu Mengepam

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.


Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Mula-mula sekali kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. 

Dicadangkan, seelok-eloknya kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa, zikir & selawat. InsyaAllah...

Jom kita tengok beberapa testimoni pengguna yang telah berjaya mengamalkan Power Pumping ni.



lain-lain : Credit to Ummi Erna








Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan