16 Sep 2013

Set B : Kelebihan Vitamin Untuk Ibu Menyusu

Assalamualakikum...Hari ni saya nak berkongsi kelebihan Set B : Untuk Ibu Menyusu.

Set ini dikhas untuk ibu yang berhasrat untuk menyusukan baby sehingga 2 tahun.

Apa yang ada di dalam Set B ni??
* Vita-Lea
* B-Complex
* Vita C Plus
* Alfalfa



Apa fungsi setiap vitamin ni?

Vita-Lea (Multivitamin)


Ia dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kebiasaannya bila baby telah memasuki usia sekitar 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik sumber zat besi adalah ikan bilis. Bagi ibu menyusu pula digalakkan untuk mengambil multivitamin atau nama lain Vita-Lea. Ia telah di lengkapi dengan iron yang membantu untuk pembesaran anak dengan lebih baik lg. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

B-Complex


Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik). So, bila kurangnya stress dan mood sentiasa happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vita C Plus

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu. Pengambilan Vitamin C dapat membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari. Bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah, insyaAllah akan mudah sembuh. Satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

Alfalfa

Merupakan supplement penting utk "boost" penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Ia turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ia juga turut membantu sistem perkumuhan (lebih lawas) dan ia dapat membuang angin d dalam badan. Secara automatiknya ia secara tidak lansung memberi kesan baik kpd baby dan baby susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah sumber protein. Protein sangat penting dalam pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESP turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang, kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. 

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? 
Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar.

Jadi.. jom la mencuba set ini dan alami kehebatannya... 


Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com


Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan