17 Sep 2013

Celoteh Kakak, Abang & Ammar

Assalamualaikum...

Setelah bercuti panjang hujung minggu lepas, bermulalah minggu baru...Seperti biasa, setiap petang sebelum balik, NaNa akan call umah nak tahu apa yang dibuatnya oleh anak-anak kesayangan. Selalunya si abang Adieb akan angkat telefon...Orang lain tak boleh angkat..Tapi hari ni kakak Aunie pula yang jawap..

So, ayat pertama yang akan ditanya oleh anak-anak ku "Mama kat mana? Bila Mama nak balik ni?" Ok..jawapan biasa.."Opis...macam biasa la Mama balik" "Ala...Mama balik cepat la...." huhuhuhu...sedih... :'(...(dalam hati...InsyaAllah sayang...satu hari nanti Mama akan berkerja dari rumah)...

Ok..seterusnya macam biasa la...macam2 order menu makan malam nie...kakak nak KFC dari minggu lepas lagi...Kemudian tukar fikiran nak chicken chop pulak...abang Adieb nak nugget KFC jer...Nasib Ammar tak pandai mintak2 lagi..


So pulang dari kerja...apa lagi...bagi tau Abah permintaan anak3..Jadinya menyinggah la ke KFC..menunaikan hasrat anak3 nak mkn nugget.



(maaf yer gambar-gambar terbalik...puas dah nak memusingkannya...tapi tidak berjaya)

Sampai-sampai je abang & adik yang serbu...kakak tido...So sementara mama masak..anak-anak makan la dulu yer...

Abang dengan 1 Malaysia!!!

Ammar excited nak makan KFC

Kakak tido!!
Ta da!!!! Ok...ini sahaja menu malam nie...Konsep sayur-sayuran...Terpikir nak buat sambal telur tapi g buat sambal terung pulak...Esok yer abah..mama masak sambal telur... =)




Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com


Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan