Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Entry kali ni NaNa nak berkongsi serba sedikit panduan untuk mudah hamil. Buat pasangan yang baru berkahwin atau pun yang telah lama dan masih belum dikurniakan rezeki, boleh mencuba panduan ni..
BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL
===================================
1. Untuk wanita yang berkahwin awal mempunyai peluang yang tinggi. Terbukti
wanita paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh
endometriosis, fibroids dan lain2 penyakit peranakkan.
2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada
senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk pemeriksaan
peranakkan dan ujian kesuburan.
3. Tentukan status kesihatan suami isteri. Buat rawatan jika ada penyakit.
4. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan
memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi
selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam
tempuh 6 bulan kahwin.
5. Peluang terbaik untuk hamil adalah jika pusingan haid isteri teratur
iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14
jika pusingan haid anda 28 hari. Manakala jika pusingan subur anda 30 hari, hari subur adalah pada hari ke16. Waktu subur boleh dikesan dengan catitan suhu BBT dan ovulation test kit BBT.
6. Hubungan seksual selang 1 malam mulai hari ke12 hingga hari ke 20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam. Bacalah Surat Al-Fatihah, Ayat Qursi dan 3 Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat
zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan
syaitan. Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu
subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggung selama 2-4 jam atau
terus tidur. Jika ada peluang, pergilah bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran buat suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan. Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki, berjogging, kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi tekanan/masalah.
Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi tekanan/masalah.
8. Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon
subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis
panduan untuk menguruskan badan.
9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting.
Sebaikknya 70% makanan dari bahan2 segar mentah, buah2an dan
sayur2an. Minum jus segar dari buah2an dan sayur2an. Jauhkan gula, fast dan junk foods. Rujuk garis panduan pemakanan.
10. Makan supplement seperti multivitamin, folic acid, vit E dan C. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:
Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com
Jika
anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang
nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu
office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend)
dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang
berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini
dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan