3 Apr 2015

Cahaya CintaKu Ke-4, Puteri Bongsu - Amnie Zulaikha

Cahaya CintaKu Ke-4, Puteri Bongsu - Amnie Zulaikha


PENGEDAR SHAKLEE SEMENYIH : PENGALAMAN TERINDAH

Assalamualaikum & Salam Sayang Semua

Betol lah orang2 tua cakap, lain anak, lain rasa & cara time nak bersalin... Memang kali ni NaNa rasa lain dari yg sebelum2 ni...

10/3/15 :  

Usia kandungan NaNa dah genap 38 minggu 2 hari.. Hari ni ada appointment dengan Dr Norlida (Pakar O&G, Hospital Pakar Al-Islam)... Dalam hati berharap boleh check in terus, hehehee (walaupun sebenarnya berdebar2 sesangat)... Check2 baru 3cm tp laluan x lembut lagi, so doktor 'bagi lembut' laluan tu... Then kene buat CTG... Masa buat CTG, baby memang x mahu gerak langsung, cuma rasa contraction jer... So, doktor kata "kita jumpa hari khamis yer..."

11/3/15 :  

Hari berehat2 di rumah... Huhuhuhuu... Contraction datang sekejap pastu hilang, datang balik pastu hilang... Tengahari En Hubby call tanya ok lg ke??? Dengan steadynya NaNa jawap "ok lg, sakit sikit2 je"
Tapi masa nak pergi solat zohor, tetiba NaNa perasan ada lendir keluar cikit, bila NaNa cuci, keluar lagi lendir yg panjang bercampur darah sikit... Eh!! Petanda apakah ini???

NaNa amik la gambar & send ke En Hubby... En Hubby kata jom kita pergi hospital... NaNa cakap x de pape la.. Nanti kat hospital nak cakap ape jer, sakit pon kejap2 x kerap lg... Tapi En Hubby memang terus gerak balik rumah...

NaNa hantar jugak gambar yang sama kat adik NaNa, al maklum, ini adalah 1st time NaNa turun tanda macam nie... Sebelum2 nie NaNa induced bila cukup masa... Terus mama call NaNa suruh pergi hospital... Mama cakap tu tanda dah nak bersalin tu, cepat2 pergi hospital jangan nak tangguh2... huhuhuhuhuu.... kelam kabut jugak la... Yer la x pernah rasakan...

Petang tu jugak lepas asar NaNa terus ke hospital... Dalam hati, betol ker nak bersalin, xde rasa sakit yang sangat2 pon??? Dalam kereta baby memang sangat aktif, contraction macam biasa jugak... sekejap datang sekejap hilang....

Sampai jer hospital terus ke registration kaunter, lepas cerita sedikit sebanyak, nurse yang incharge pon datang, "kak jom kita naik ke labour room, kita buat CTG. Akak naik wheelchair yer" "Eh, x payah la nurse, masih boleh jalan lagi, x sakit pon lagi" nurse pon senyum jer...

Dalam labour room, NaNa kene buat CTG... Macam semalam jugak la, rasa contraction jer, baby nasib gerak 2 kali jer... Lepas 20 minit, doktor tenguk result, memang dah ada contraction... So doktor mintak stay hospital sebab alamat NaNa kat Semenyih... Sebenarnya nak balik pon boleh (sebab dah standby baju2 kat rumah mama kat keramat), tapi bila pikir2 balik, esok pagi pon nak datang balik sebab ade appointment dengan Dr Norlida, jadi stay je la kat hospital...

permandangan di kala keseorangan

12/3/15 :  

Seperti biasalah, kalau duduk hospital memang tak boleh nak lelap mata, jadi sebelum subuh memang dah terjaga... Tambahan pula pukul 4.30 pagi nurse dah datang untuk ambil tekanan darah... Pukul 8.30 Dr Norlida dah datang wad... "Eh, dah masuk wad dulu?" "Aah doktor, semalam ada turun tanda, turun lendir campur darah cikit"... Dr pon check laluan... "Ok, masih 3cm, laluan dah lembut, cuma baby tinggi sikit yer... Kita masukkan ubat macam biasa (induced)"

Macam biasa jugak, lepas induced pagi tadi sampai la ke tengahari, contraction sekejap2 jer... NaNa dah start rasa lain... Ubat nie x jalan ker??? Kalau sebelum2 nie, bila menjelang tengahari lepas induced pasti dah sakit yang kerap2 & ada turun darah... Duduk x kena, baring x kena... Tapi kali nie memang x sama langsung... Turun darah pon x ade, sakit pon cikit2 jer.... Sampai la ke asar.... Dalam hati memang terasa sangat risau kalau2 x bersalin hari nie... Yer la, x kan nak duduk hospital lagi semalam...x nak, x nak, x nak!!!

Dalam 5.30 petang, Dr Norlida datang balik untuk check, "ok, dah cantik nie, baby dah turun. Lepas nie kita boleh masuk labour room yer"... Tunggu punya tunggu, dekat kul 6.45 petang baru masuk labour room... Maka bermulalah dupdap..dupdap..dupdap..

Pukul 7.00 malam, doktor dah pecahkan air ketuban... Ya Allah, banyak sungguh air ketuban, x berhenti2 air keluar... Masa doktor pecahkan air ketuban, doktor siap cakap "Julieana nie, sekejap jer sakitnya.. tau2 jer dah nak bersalin" Doktor nie tau2 jer... Mana tak nya, tiga2 anak NaNa sebelum nie memang Dr Norlida yang sambut ;)... Pukul 8.30 malam (siap tengok jam ek... hahahha... sempat lagi), dah start macam nak meneran, panggil bidan tengok dah 8cm, padahal masa masuk td baru 3 cm (memang cepat banding yg sebelum2 nie)... Dalam bertarung tu, 2 kali proses meneran... 1st time x lepas... percubaan kali kedua Alhamdullilah berjaya dengan 2 kali curi nafas!!! Alhamdullilah tepat 9.03 malam lahirlah Puteri ke-2, anak ke-4 ku yang tersayang!!!!

Pengalaman sakit bersalin kali nie memang sangat2 berbeza... Kali ni doktor tak gunting pon, tapi jahit boleh tahan jugak... Maklumlah lilitan kepala yang keluar 37cm!!! MasyaAllah... SubhanaAllah... Proses kali nie NaNa memang terasa tersangat2 longlai & tersangat2 letih (faktor usia kot, hahhaha)... Hampir 2 jam lebih jugak la NaNa berehat di dalam labour room, selalu lepas minum milo panas NaNa dah ok, tapi kali nie memang betol2 x larat... NaNa mintak En Hubby bancuhkan Performance Drink... Alhamdullilah lepas setengah jam, rasa bertenaga sikit, cuma rasa nak pitam jer tak hilang lagi... Sebelum tidor NaNa ambil Ostematrix & B Complex untuk melegakan rasa sengal2 badan dan untuk mendapatkan rehat yang mencukupi selepas bersalin...




13/3/15 :
Seperti biasa kalau tidor di hospital, mata memang tak  boleh nak lelap, tambah2 pukul 1.30 pagi nurse hantar masuk bilik baby untuk tidor sama2 dengan ibu & nak baby terus breastfeed dengan ibu... Baby x banyak meragam, cuma merengek sebab berak jer... 

Excited sungguh nak balik hari nie... Tapi..... :( baby tak boleh keluar, sebab ada kuman dalam darah... NaNa je boleh balik.... waaaaaaaaaaaaawwaaaaaaaaaa sedih sungguh...

Alhamdullillah, NaNa masih boleh mengawal perasan sedih itu.... Berkat NaNa konsisten ambil Set Mengandung a.k.a Set Bersalin/Berpantang sejak dari mula mengandung...





Ini adalah Set Berpantang NaNa dari dulu sehingga kini... Next entry NaNa akan cerita bertapa SYOKnya berpantang dengan Set Berpantang Shaklee



 Jika anda ingin menikmati harga penjimatan harga sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee... Dengan hanya RM65 sahaja seumur hidup anda layak untuk menikmati lebih banyak keistimewaan lain...




Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE  ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend) dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Segala maklumat Produk / Testimoni di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan