15 Mac 2016

AMNIE ZULAIKHA TURN 1

PENGEDAR SHAKLEE SEMENYIH : AMNIE ZULAIKHA TURN 1

Assalamualaikum & Salam Sayang Semua


Lama sungguh NaNa tidak bersiaran di blog kesayangan nie... Merajuk dah agaknya... Ok lah, InsyaAllah azam baharu, semangat baharu, NaNa akan cuba mengupdate sekerap yang mungkin...

Pejam, celik... Pejam, celik... Amnie Zulaikha dah masuk setahun pada 12.03.2016... Rasa cepat sungguh masa berlalu... 




Kebetulan birthday Zulaikha jatuh pada musim cuti sekolah, jadi kita sambut birthday Zulaikha di kampung Opah la!!!


Yang specialnya, birthday Opah sehari sebelum birthday Zulaikha... Memandangkan askar-askar tentera NaNa ramai, kalau nak bawak kek yang cantik-cantik dari KL ke Sitiawan, mahunyer jadi lempeng berkaler kek tu...  

Jadinya, NaNa buatlah Brownies Kedutz... Tapi tak berapa nak cantik tulisan birthday atas tu... Janji keikhlasan untuk membuatnya dengan penuh kasih sayang :)

Kesian Opah, sampai tertidor tunggu kami sampai... Dalam pisat-pisat Opah potong jugak kek dari cucu2 tengah-tengah malam...

Selamat Hari Lahir Opah... Semoga diberi kesihatan untuk menjaga atok, untuk beribadat, dipanjangkan umur dan sentiasa dibawah lindunganNya...


Untuk Zulaikha, NaNa dah plan nak buat fresh fruits cake!!!
Al-maklumlah, Zulaikha tak makan lagi makanan yang orang dewasa makan (support homemade katanya!)... Seminggu sebelum dah cari-cari di pakcik Google...

Hasilnya..... Tara!!!!



Yummmmmyyyy!!! Walaupun tak berapa nak cantik, alhamdulillah NaNa sangat berpuas hati dengan hasil tanganku ini (ces!! perasan!!)... Yang bestnya kan, anak-anak NaNa pon enjoy buat kek adik bongsunya nie...




Tengok tu... Geram jer Zulaikha menengok keknya... Menunggu jer masa nak meramas!!! hahahahha...








Petang tu, abang Ammar buat perangai tak nak berbaju pulak... Layan kan jer la....


Happy Birthday Amnie Zulaikha Sayang!!!




Jika anda ingin menikmati harga penjimatan harga sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee... Dengan hanya RM68.50 sahaja seumur hidup anda layak untuk menikmati lebih banyak keistimewaan lain...





Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE  ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Segala maklumat Produk / Testimoni di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu







    





Tiada ulasan:

Catat Ulasan