16 Mac 2016

BROWNIES KEDUT YANG BERKEDUT-KEDUT

PENGEDAR SAH SHAKLEE SEMENYIH : BROWNIES KEDUT YANG BERKEDUT-KEDUT


Assalamualaikum & Salam Sayang Semua...


Semenjak dua menjak ni, NaNa semangat sungguh nak membaking... Lagi-lagi bila hujung minggu... 
Ada satu hari tu, dalam mengGoogle2 mencari idea nak masak, terjumpa pula resepi Brownies Kedut dari blog kak Azalita... Ya Allah, cantik sungguh kejadiannya...

Apa lagi, menghitung hari jer untuk tunggu weekend... Barang-barang kebanyakkannya memang dah ada... Cuma ada 1-2 barang je yang tak ada...

Ok, kali ni NaNa share resepinya yer...
Kalau ikutkan dah 3 kali mencuba resepi ni... Rasanya memang sangat mmmmmmmm tersangat-sangat sedap... Alhamdullillah....







Resepi : Kak Azalita

Bahan-bahannya:

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 


Cara-caranya:

1. Coklat masakan dipotong kecil-kecil. (untuk dapatkan brownies yang enak, perlu gunakan coklat yang baik kualiti dan mutunya. NaNa selalu gunakan coklat compound jenama Berlys)

2. Satukan coklat masakan dengan mentega. Gunakan kaedah double boiler. Gaul rata yer. (pastikan air yang mendidih tidak bersentuh dengan bekas yang berisi coklat dan mentega ini yer. Sebab NaNa mula-mula cuba, kek tak berapa nak jadi... Petua ni pon NaNa baca dari Kak Azalita)

3. Di dalam bekas yang lain, satukan gula perang, gula castor, telur dan esen vanilla. Gaul rata dengan menggunakan wisk sahaja.

4. Ayak tepung naik sendiri dengan serbuk koko. (untuk rasa brownies yang enak, pemilihan serbuk koko yang berkualiti juga mempengaruhi kesedapan brownies itu)

5. Satukan coklat masakan yang telah cair tadi dengan adunan telor dan gula. Gaul sebati.

6. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko. Gaul sebati.

7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10x10 yang telah dilapikkan dengan kertas baking, dan dioleskan juga butter.

8. Bakar adunan di dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit sebelumnya, selama 30 minit dengan suhu 160 C (tapi oven NaNa kene bakar 40 minit. Ikut kesesuaian oven masing-masing yer    

9. Bila kek dah masak, biarkan kek di dalam oven dengan renggangkan sedikit dan biarkan dalam 15 minit.

Bila dah sejuk, boleh la dihidangkan... Tapi anak-anak NaNa, memang tak menyempat nak tunggu sejuk... Keluar oven jer terus ngap!!!


 

  





Jika anda ingin menikmati harga penjimatan harga sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee... Dengan hanya RM68.50 sahaja seumur hidup anda layak untuk menikmati lebih banyak keistimewaan lain...





Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE  ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Segala maklumat Produk / Testimoni di laman ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan