30 Okt 2013

PAAB's Family Day 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Minggu lepas office NaNa adakan family day dekat Swiss Garden Resort and Spa, Kuantan dari 25.10.13 hingga 27.10.13. Kami sekeluarga semua pergi.. 1st time NaNa pegi tak bawa Efi (pembantu NaNa).. Seawal pagi dah siap2. . Mula2 kene singgah keramat, rumah Nenek Ito nak tinggalkan Efi. Kemudian kami teruskan perjalanan ke Kuantan. . Dalam pukul  11 pagi  kami memulakan perjalanan ke sana.. Alhamdullillah, semuanya masih boleh dikawal walaupun  2 - 3 kali jugak la mama ni terjerit2..


Tengahari kami singgah RnR Gambang utk solat and lunch.. Then kami teruskan perjalanan. .. Yea!! dah masuk Kuantan! !



Lebih setengah jam jugak la perjalanan kami nak menuju ke Swiss Garden.. Bukannye jauh pun, cuma banyak sangat traffic light nyer... So target dalam kul 3.15 pm sampai dik kerana traffic light yang banyak delay 15 minit... tak mengapa... janji sampai... ^_____^

Lepas check in jer, pe lagi terjun "cimpool" ler... Ammar pon macam budak besar dah... berjalan dalam "cimpool" tak mau pegang tangan... adalah 3 kali jugak tenggelam dalam air... tapi muka selamba jer... nak mandi lagi... Then jalan-jalan tepi pantai, kutip anak ketam...


1st day ni tak de aktiviti lagi... lepas dinner masih lagi aktiviti bebas..

2nd day pagi selepas breakfast ada sukaneka... Kakak tak sempat nak masok group... sampai2 tepi pantai dah jumpe "spongebob" main dulu... bila organizer panggil, group dah cukup... kakak yang ala-ala malu pon tengok jer la...

Tak sampai 10 minit dok tepi pantai tu, adieb, ammar & abah dah naik bilik... adieb biasalah dah ngamok2 nak tengok movie kat bilik...so abah la yang melayan... TQ sayang!!! Tinggal la mama ngan kakak jer... kakak duduk sekejap... pastu continue main "spongebob"... mama pon joint sukaneka la... ^____^

Walaupun kumpulan kami kalah, tapi ENJOY!!



2nd day lepas lunch, ada program Master Chef.. Menu "minuman petang". Ramai jugak yang masuk... mama teringin nak masok.. tapi memandangkan ammar nak mengempeng nanti...so kene pendamkan la hasrat... Yang best nyer our Dato' Sri Di Raja & Dato' CEO pon joint master chef ni tau...




Malam nyer pula ada BBQ dinner... Banyak sungguh makanan... Special nye malam ni RC (Recreation Club) 2013 dan RC 2014 kene buat persembahan... RC 2013 mendendangkan 2 buah lagu.. RC 2014 pula buat movie trealler (tak dan nak snap pic, sebab terhibur sgt2)




3rd day, last day di Swiss Garden macam biasa la... breakfast & masing2 bertolak balik awal..
Kami menuju ke Kemaman, Terengganu.. Alang2 dah sampai timur nie kan... Motif utama nak cari satar & keropok lekor jer... ^___^




Tengahari jugak la kami teruskan perjalanan pulang ke KL... dalam perjalanan kami jumpe 2 convoi... 1st convoi kereta2 mewah... BMW, 2nd convoi motorsikal... Kami sampai KL dalam pukul 6 lepas berhenti RnR Temerloh untuk makan tengahari (3.00pm)







Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com




Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend) dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan