10 Mei 2014

DEMAM DENGGI - PENGALAMAN EFI

Assalmualaikum & Salam Sejahtera


Semenjak musim kemarau yang melanda negara kita, setiap hari kita akan dengar mengenai kes demam denggi.. Tak silap NaNa statistik demam denggi untuk 3 bulan pertama 2014 lebih dari 2,000 pesakit telah dimasukkan ke hospital kerajaan. Jumlah ini adalah bersamaan dengan jumlah kes untuk tempoh setahun pada 2013. (sumber Majalah 3 25.03.14).


Minggu lepas 10.03.14 (Isnin), pembantu rumah NaNa - Efi tetiba jer demam, muntah2.. Balik dari pejabat jer NaNa terus bawa pergi klinik.. Doktor terus ambil darah Efi.. dah dapat result doktor terus sahkan Efi kene demam denggi.. Mulanya doktor soh datang balik esok untuk ambik darah lagi.. Masa nak bayar bil doktor panggil semula masuk bilik.. Rupanya2 doktor x perasan yang Efi ada bg tau die muntah2 lebih 6 kali pg tu.. Doktor terus buat surat untuk refer ke hospital.. NaNa mintak refer ke Hospital Putrajaya, sebab nak ke Kajang n Serdang macam berat jer...tau2 je la kan dua2 hospital nie kan ramai orang...


Malam tu jugak NaNa bawa Efi ke hospital.. Aunie, NaNa tinggalkan kat rumah adik NaNa.. Adieb x mau tinggal.. so bawak lah dengan si kecik Ammar... Sesampai jer hospital, lama juga la menunggu.. Ramai yang kes demam panas... Kesian tengok budak2 kecik la.. meragam.. Masa sampai hospital dah kul 11.30 mlm.. 


 


Kul 12.30 baru Efi dpt jumpe org kat bilik kecemasan tu.. Than Efi kene masuk air.. menunggu juga la kami 4 beranak di luar.. Mula2 Adieb & Ammar gagah lagi la berlari2 main kat hospital tu.. 

 


Kul 1.45 pg masing2 dah down.. Tertido la kat ruang menunggu tu... Kesian tgk Ammar & Adieb, NaNa masuk dalam kereta.. Kul 3.30pg Efi keluar.. Doktor soh balik esok just ambil darah kat klinik jer.. Eh pulak...


Hari Selasa (11.03.14) Efi ok lagi... dalam demam2 tu sebok nak buat keje rumah... tapi makan & minum x lalu.. Tapi NaNa paksa juga... NaNa bagi air PERFORMANCE DRINK + NUTRIFERON + VITAMIN C SHAKLEE.. 

Hari Rabu (12.3.14) platlet Efi turun dari smlm.. Efi makin x larat...asal makan muntah...asal minum muntah... Hari Khamis makin teruk...langsung x boleh bangun... air PERFORMANCE DRINK + NUTRIFERON + VITAMIN C SHAKLEE NaNa still soh dia ambik... air masak, air kurma, air barli... sumer NaNa paksa minum... boleh la minum.. tapi bab makan boleh masuk 3 sudu jer.. tu pon nak makan nasi kosong... masakkan sup ketam pon x jalan..

Hari Khamis (13.3.14) keadaan Efi makin x larat.. yer la.. ape jer yg ada dlm badan... asal masuk makanan muntah.. NaNa masakkan bubur nasi.. pon sama jugak... Ya Allah.. Kesiannya...

Hari Jumaat (14.3.14) NaNa terpaksa masuk opis juga.. sebab dah 3 hari EL.. cuti pon dah xde kan... NaNa mintak tlong adik ipar NaNa tengok2kan budak2.. Yer la yang penting tengokkan Aunie & Adieb nak bersiap pagi pergi sekolah...

NaNa try google cara nak naikkan platlet.. Selepas dah try air kurma x jalan.. NaNa terbaca satu artikel die suggest makan buah kiwi.. Tgh tu NaNa bg Efi makan buah kiwi.. Petang g klinik balik platlet turun lagi n doktor soh refer hospital...

Hari Sabtu (15.3.14) pagi2 bawak terus Efi refer Hospital Putrajaya semula... Jumpe doktor... tapi seperti yang dijangka, doktor kata Efi ok lagi.. boleh balik.. platlet count bukan ukuran utk tahan wad... so balik la kami semula... Doktor mintak refer klinik kerajaan yang berdekatan...

Hari Ahad (16.03.14) Efi nampak dah ok cikit... dah nak makan.. tapi x banyak... air PD, Nutriferon, Vitamin C, buah kiwi, air kurma memang NaNa soroh ambik...kalau NaNa nampak Efi x makan, NaNa sediakan dalam pinggan paksa makan...

Hari Isnin (17.03.14) NaNa bawak efi pergi Klinik Kesihatan Beranang, hari nie nampak Efi bertenaga, Alhamdullilah... nampak ada selera nak makan... pergi amik darah.. sementara nak tunggu tu berdebar2 jugak la... risau jugak dah seminggu Efi tak baik2... Syukur.. platlet Efi dah naik... so doktor minta datang lagi dua hari... alhamdulillah.... syukur....syukur...syukur... NaNa masih pesan pada Efi makan...air mesti minum banyak2... PD, Nutriferon, buah kiwi mesti makan...

Hari Rabu (19.3.12), NaNa bawa semula Efi ke klinik kesihatan... and result Efi fully recover dari denggi!!!! platlet Efi dah normal!!!!

Alhamdullilah...Alhamdullilah...Alhamdullilah....


#maaf  cerita agak lama tersimpan di draf... akhirnya baru berkesempatan nak siapkan hari nie...

Apa2 pun kalau anda terkena demam denggi cubalah buat Air Kurma, Air Barli & Buah Kiwi... InsyaAllah...sedikit sebanyak akan membantu... Kadang kala sup ketam sesetengah orang agak alergik...

Untuk Performance drink (PD), Nutriferon & Vitamin C Shaklee adalah membantu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan yang semakin lemah.. PD memberi tenaga dan menggantikan air isotonik yang bergas...



Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend) dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan