Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Susu ibu adalah susu terbaik di dalam dunia. Ibu yang menyusukan anak merupakan seorang ibu yang penyayang, penyabar dan yang penting sekali telah menunaikan hak anaknya untuk mendapat makanan yang terbaik!!! Tabik spring pada ibu2 yang Breastfeed!!
Pada ibu2 yang tidak berjaya untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif untuk 6 bulan pertama, jangan berputus asa. Anda boleh mencuba untuk anak2 yang seterusnya. Gagal sekali tidak bererti gagal selama2nya.. Yang penting usaha kita untuk memberikan hak yang sepatutnya kepada anak kita... NaNa juga alaminya sewaktu Aunie & Adieb.. NaNa gagal untuk memberikan anak2 NaNa susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan.. Masa Aunie hanya dalam 4 bulan dah stop... Adieb pula hanya 2 bulan walaupun susu NaNa banyak... Tapi semasa mengandungkan Ammar NaNa telah tanamkan tekad untuk menyusukannya sehingga 2 tahun. InsyaAllah sekarang Ammar dah pon berusia 1 tahun 5 bulan, Ammar masih BF secara ekslusif dengan susu ibu.
Entri kali ini
NaNa nak sharing mengenai kelebihan susu ibu. Jemputlah baca yer!
Kelebihan susu ibu
Baginda Rasulullah SAW mengkhabarkan pada para ibu :
‘Bagi hisapan pertama susu ibu
kepada anaknya, si ibu mendapat ganjaran laksana ia memberikan nyawa kepada
seorang manusia'
‘Setiap titisan susu ibu itu
akan diganjari dengan satu pahala’
Rasulullah SAW turut memberi
amaran keras pada para ibu yang tidak menyusukan anak mereka tanpa alasan yang
kukuh contohnya jika si ibu khuatir jika hilang kecantikannya kerana menyusu
badan. Baginda menceritakan bahawa baginda melihat beberapa orang wanita yang
dadanya digigit oleh ular-ular. Apabila ditanya, baginda diberitahu
bahawa wanita tersebut adalah wanita yang tidak menyusukan anak mereka.
Dengan menyusukan bayi, sebenarnya ibu2 dapat menurunkan berat badan yang
telah bertambah sewaktu kehamilan. Ibu2 dapat membakar lebih dari 600 kalori
sehari. Umpama ibu2 telah melakukan senaman aerobics selama 2 jam sehari! WoW!!!
Selain itu, penyusuan
susu ibu juga boleh menjarakkan kelahiran anak dan digunakan sebagai kaedah semula
jadi untuk merancang keluarga . Kaedah ini berkesan mencegah kehamilan,
dengan syarat bayi berusia 6 bulan ke bawah dan disusukan secara ekslusif serta
si ibu masih belum kedatangan kitaran haidnya.
Yang bestnyer ibu2 yang menyusukan bayi boleh
mengurangkan risiko serangan kanser payudara dan kanser ovari. Ia
juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan.
Sebenarnya, walaupun banyak produk penyusuan yang berada di
pasaran, khasiatnya tidak sama dengan khasiat susu ibu. Kandungan lemak, gula, air
dan protin yang terdapat di dalam susu ibu adalah amat sempurna dan sesuai untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di
dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.
Antaranya :
~ Bayi lebih senang hadam susu ibu dari susu
formula. Kerana kandungan protinnya kurang dari susu formula.
~ Susu ibu mengandungi antibodi semulajadi yang menolong melindungi bayi
daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman
dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat
jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.
~ Susu ibu tidak pernah
tercemar atau rosak.
~ Susu ibu amat menjimatkan wang.
~ Menyusu
boleh membuatkan ibu lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi
merasa nyaman, selamat dan selesa.
~ Bayi
yang menyusu badan lebih sihat, kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi
kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.
Banyakkan kelebihan susu ibu ni kan.. So, ibu2 yang menghadapi kesukaran untuk menyusukan bayi anda, dan ingin mendapatkan khidmat konsultasi bolehlah hubungi NaNa.. InsyaAllah NaNa akan membantu sebaik mungkin.
Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:
Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com
Jika
anda ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga istimewa ataupun yang
nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu
office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend)
dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang
berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini
dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan