27 Jun 2014

HB RENDAH BOLEH MENYEBABKAN ANEMIA








Assalamualaikum & Salam Sejahtera


HB RENDAH BOLEH MENYEBABKAN ANEMIA - Masalah HB rendah sewaktu mengandung jangan dipandang rendah yer para ibu2 mengandung.. Ia sangat berbahaya jika dibiarkan begitu sahaja anda akan menyebabkan ANEMIA.

Apa itu ANEMIA?

ANEMIA merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (HB) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami ANEMIA, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. 

Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobin semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). 


Apa tanda2 atau gejala ANEMIA?

Tanda yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Tanda yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen
 Bagaimana ANEMIA boleh terjadi?
 

-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan (mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia).
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi tetapi sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu akan diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan.
 Siapa yang berisiko mengalami ANEMIA?
 
-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam selang masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

Bahaya ANEMIA KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian
 
Bahaya ANEMIA KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan
Tahap keterukan ANEMIA adalah seperti berikut:
a) < 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN
 
 Untuk mengatasi masalah HB rendah ini, NaNa cadangkan VITA-LEA SHAKLEE.


* Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
* Memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
* Menguatkan fungsi otak
* Membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
* Disarankan untuk diambillah bersama Vitamin C (VITA C PLUS SHAKLEE)bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.



Jom kita tengok beberapa testimoni







Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE  ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend) dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan