24 Jun 2014

TIPS PERSEDIAAN BERPUASA BUAT IBU2 HAMIL DAN IBU MENYUSU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

TIPS PERSEDIAAN BERPUASA BUAT IBU2 HAMIL DAN IBU MENYUSU - tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan datang menemui kita. Buat ibu2 hamil dan ibu2 menyusu pasti akan tengah runsing memikirkan keadaan diri sewaktu bulan puasa nanti.

Pada tahun lepas, buat pertama kalinya NaNa berpuasa sambil menyususkan Ammar.. Kalau sebelum2 ini, NaNa 3 kali berpuasa dan hamil... Kalau ikutkan NaNa, rasa berpuasa dan hamil & berpuasa dan menyusu sangat2 berbeza...

Kalau sewaktu berpuasa dan hamil, NaNa sangat2 bertenaga dan "gagah" di waktu pagi. Bila menjengah ke petang dah mula rasa sedikit penat. Tapi alhamdullillah NaNa berpuasa penuh untuk 3-3 tahun NaNa mengandung.

Tapi sewaktu berpuasa dan menyusukan, NaNa memang rasa sangat2 rungsing.. Yer la kan, NaNa tersangat2 risau bila NaNa berpuasa, susu akan drop dan NaNa akan berasa lapar yang teramat... Sebaliknya, alhamdullilah susu tidak lah terlalu berkurangan, beza dengan bulan biasa hanya 2 - 3 oz je kurang... selalunya kalau lepas pam NaNa akan berasa lapar dan perut akan masuk angin kalau tak makan or minum... Tapi rasa lapar dan dahaga tak la teruk sesangat sehingga perut masuk angin...

Syukur sangat2...

Di sini NaNa nak berkongi serba sedikit TIPS PERSEDIAAN BERPUASA BUAT IBU2 HAMIL DAN IBU MENYUSU.


1- Banyakkan minum air kosong 2-3 liter sehari terutamanya ibu yang menyusukan bayi. Air kosong adalah sangat penting tau.  Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak keesokkan pagi nya.

2- Jangan skip sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat :) 

3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana, ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.

4- Paling utama, sebelum mula berpuasa, kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita. 

Berdoalah : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”

5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.

6- Makan banyak kurma. NaNa akan WAJIB bersahur dengan 3 biji buah kurma. Berbuka pun dengan 3 biji buah kurma.

7- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Maksudnya, kalau boleh, pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi pula ye.

8- Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.

9- Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu. Kemudian, makan kurma dan bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.

10- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat di galakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan. Set Mighty Tripple Gem memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari =)

11- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk Booster adalah berbeza mengikut individu. Boleh juga cuba Set Milk Booster.

12- Banyakkan berzikir Ya Wahab dan elakkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif serta ceria.

13- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2 rakaat solat tarawih.

14- Jika perlu, ambil suppliment untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa.


Jom tengok beberapa testimoni ibu2 yang mengamalkan ESP, Performance Drink & Mealshakes sewaktu bulan Ramadhan.








Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE  ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend) dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan