Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari nie (5/6/14) genaplah 1 Tahun 9 Bulan NaNa berjaya menyusukan Ammar Ziqrie sepenuhnya... Tinggal 3 bulan sahaja lagi untuk NaNa meneruskan cita2 dan tanggungjawab untuk menyusukan Ammar sehingga usia 2 tahun...
Mungkin ada sesetengah orang menganggap ia adalah mudah... Secara lahiriahnya ia memang nampak mudah... tetapi sebenarnya ia adalah suatu tempoh yang amat sukar... jiwa perlu kental, hati kena nekad dan tidak lupa untuk sentiasa memohon doa kepada yang Esa agar dilimpahkan susu yang banyak, serta jangan mudah putus...
Selain daripada itu, terima kasih buat suami ku kerana memberi sokongan moral yang tidak putus sepanjang tempoh penyusuan ini...
Sebenarnya para suami diluar sana perlu memainkan peranan yang sangat besar tau... Para suami perlu memahami dengan jelas kepentingan dan kebaikan Susu Ibu sebagai pemakanan terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan baby anda. Bukan hanya sekadar menyediakan kewangan untuk penyediaan kelengkapan baby, set pam yang berkualiti dan makanan yang sihat. Komitmen, keazaman dan pengorbanan juga diperlukan...
Jom... NaNa nak berkongsi sedikit tips buat para suami bagi menjayakan penyusuan ibu nie...
1. Sokongan moral
Suami
perlu memberi galakan kepada isteri untuk memberi susu ibu sejak
daripada awal isteri hamil dan selepas bersalin. Sokongan daripada suami
amat diharapkan oleh isteri. Suami boleh bersama menimba ilmu penyusuan
susu ibu. Kalau tak tahu semua pun tidak apa. Memadai tahu perkara asas
serba sedikit kepentingan dan kelebihan susu ibu.
2. Sokongan dari segi emosi
Apabila
selepas bersalin dan di awal penyusuan, pelbagai masalah yang isteri
hadapi dalam menyesuaikan diri dengan dunia susu ibu. Permulaan susu ibu
yang sedikit (kolostrum) selalu menjadi tekanan kepada isteri kerana
menganggap tidak cukup susu. Tambahan pula jika keluarga menekan supaya
bayi diberikan susu formula.
Di sinilah peranan utama suami diperlukan.
Suami perlu memberi sokongan moral yang tak berbelah bahagi kepada
isteri demi menjayakan penyusuan susu ibu. Pada peringkat ini memang
diuji ketahanan mental. Suami perlu kuat dan sentiasa memberi motivasi
galakkan kepada isteri. Jangan cepat mengalah dan berputus asa.
Kadang-kadang
pelbagai masalah lain juga berlaku seperti bengkak susu, puting
melecet, bayi meragam dan sebagainya. Maka suami perlu memberi sokongan
supaya isteri terus tabah dan bersabar.
3. Membantu hal rumah tangga
Suami
perlu membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutamanya ketika
isteri baru selepas bersalin dan sedang menyesuaikan diri dalam dunia
penyusuan. Suami boleh mengambil alih tugasan seperti mengemas rumah,
membasuh pakaian, memasak, dan sebgainya. Biarlah isteri berehat seketika dan fokus kepada bayi dan penyusuan.
4. Bersama2 berjaga malam
Pada
awal kelahiran, bayi kadang kala sering berjaga atau kerap bangun malam
untuk menyusu. Para suami sokonglah isteri dan bersama bangun malam
walaupun sekadar menemani isteri menyusukan bayi. Ini dapat mengurangkn
tekanan stress yang dialami oleh isteri. Jika bayi kerap berjaga malam
sehingga pagi, ambillah giliran untuk menjaga bayi dan biarkan isteri
tidur dan berehat seketika.
5. Sokongan kewangan
Bantulah
isteri untuk bersama membeli peralatan penyusuan seperti pam susu,
warmer, botol susu dan sebagainya. Jangan biarkan isteri keseorangan
menampung semua barangan keperluan penyusuan. Banyangkan jika isteri
tidak menyusukan bayi, berapa banyak wang yang perlu suami keluarkan
setiap bulan untuk susu formula yang jauh lebih mahal.
6. Belikan vitamin ibu menyusu
Untuk memastikan isteri sentiasa sihat dan bertenaga, suami bolehlah membelikan isteri milkbooster atau vitamin ibu menyusu. Jika susu ibu mulai kurang dan merudum, segeralah untuk mendapatkan milk booster set 3M Shaklee.
Insyallah dengan amalan pemakanan supplement tambahan dan tips ibu
meyusu yang betul, isteri dapat menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2
tahun.
Buat para suami yang masih mencari2 untuk membelikan Set Penyusuan buat isteri kesayangan boleh klik Set Penyusuan
Buat para suami yang masih mencari2 untuk membelikan Set Penyusuan buat isteri kesayangan boleh klik Set Penyusuan
Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:
Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com
Jika
anda ingin membeli produk SHAKLEE ataupun yang nak COD area Semenyih,
Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU,
Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend) dan sekitarnya bolehlah set
appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon
masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke
alamat anda di Seluruh Malaysia.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan