9 Nov 2014

TEKANAN DARAH TINGGI SEWAKTU HAMIL

PENGEDAR SHAKLEE SEMENYIH : TEKANAN DARAH TINGGI SEWAKTU HAMIL


Assalamualaikum & Salam Sayang

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi merupakan salah satu masalah kesihatan yang kerap berlaku di kalangan ibu hamil... Peratusan ibu hamil untuk mendapat hipertensi adalah antara  10% ke 15%... Peratusan ini akan lebih tinggi di kalangan penduduk Asia disebabkan faktor genetik....

Tekanan darah normal untuk yang tidak hamil ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu hamil tekanan normla adalah 110 ke 70 atau 120 ke 80... Sekiranya tekanan darah telah melibihi 140, ia dikategorikan sebagai tinggi...

Hipertensi semasa hamil terdiri daripada beberapa kategori
     * Hipertensi sedia ada (sebelum hamil)
     * Hipertensi disebabkan mengandung
     * Pre-eklampsia


Hipertensi sedia ada berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu... Ia juga dikenali sebagai Essential Hypertension... Selalunya pesakit akan diperiksa samada terdapat penyakit lain yang berkaitan dengan buah pinggang atau sejarah keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi...

Hipertensi disebabkan mengandung selalunya terjadi selepas usia kandungan melebihi 20 minggu... Ia juga dikenali sebagai Gestational Hypertension...

Hipertensi semasa mengandung memerlukan pemerhatian dan rawatan yang rapi. Wanita hamil berisiko tinggi mengalami Pra-eklampsia atau Eklampsia (sawan) yang boleh menyebabkan kerosakan otak dan buah pinggang, masalah pendarahan dan kemudaratan kepada janin yang belum lahir.


Mengapa Hipertensi berlaku sewaktu hamil???

Hipertensi terjadi kepada ibu hamil kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri... Di dalam uri terdapat banyak saluran darah... Hipertensi ini berlaku apabila salur darah dalam uri tidak berkembang seperti yang sepatutnya dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna


Siapakah yang berpotensi mendapat Hipertensi sewaktu hamil???
  • Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Obes: BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia. BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.
  • Sejarah kejadian hipertensi semasa mengandung di kalangan ahli keluarga, sama ada sebelah ibu atau pun adik beradik meningkatkan risiko antara 20% hingga 40%.
  • Primigravida : kandungan yang pertama (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko)
  • Kandungan kembar
  • Sejarah pra-eklampsia pada kandungan yang sebelumnya
  • Tempoh antara kandungan yang lama
  • Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar
  • Kandungan molar



Apakah rosiko/komplikasi sewaktu kehamilan???

Ramai ibu yang mempunyai hipertensi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. 
Antaranya adalah:

* Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.

* Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.

* Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang. 
- Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

- Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor.



Apakah kaedah perubatan yang diperlukan???

Sekiranya hipertensi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.

Kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah tinggi.

Ibu hamil yang menghidap hipertensi tidak perlu memilih makanan mereka kerana penyakit hipertensi ini lain dari yang biasa dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.

Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

Jika tahap hipertensi ibu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila tekanan darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

Wanita hamil mengalami hipertensi yang disebabkan kehamilannya, sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun. 



Apa yang anda boleh lakukan mengenai tekanan darah tinggi sebelum mengandung???

Jika anda mempunyai hipertensi kronik sebelum mengandung, pergilah membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum anda cuba untuk hamil. Membuat pilihan yang sihat sebelum kehamilan boleh membantu anda menguruskan tekanan darah anda.

Sebagai contoh, melakukan sesuatu yang aktif dan makan makanan yang sihat setiap hari untuk membantu anda mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang sihat. Jika anda merokok, berhenti merokok.

Merokok adalah berbahaya bagi orang-orang yang mempunyai hipertensi kerana ia merosakkan dinding saluran darah. Membuat perubahan ini boleh membantu anda mempunyai kehamilan yang lebih selamat.
Terima kasih kerana sudi membaca info ini






Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE  ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend) dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan