22 Nov 2014

KENALI WAKTU SUBUR ANDA

PENGEDAR SHAKLEE SEMENYIH : KENALI WAKTU SUBUR ANDA


Assalamualaikum & Salam Sayang Semua

Kali ni NaNa nak share mengenai kitaran haid... Adalah penting untuk kita ketahui kitaran haid kita bagi memudahkan kita untuk merancang kehamilan...

Kitaran haid setiap wanita adalah tidak sama... Kebiasaannya kitaran akan mengambil masa 3 hingga 7 hari... Manakala tempoh kitaran haid seterusnya berbeza antara 21 hari ke 35 hari...



Cara mengira waktu subur

> Dapatkan kitaran haid anda
> Kemudian ditolak 14 hari

Sebagai contoh:
** Jika purata haid 29 hari - 14 hari = Hari ke 15 dari tarikh mula haid adalah hari subur anda

** Jika purata haid 30 hari - 14 hari = Hari ke 16 dari tarikh mula haid adalah hari subur anda

** Jika purata haid 33 hari - 14 hari = Hari ke 19 dari tarikh mula haid adalah hari subur anda


> Kenapa 14 hari??? 
Ovulasi adalah proses pelepasan ovum (telur wanita) dari ovari (kilang telur wanita)... Hormon progesteron akan terhasil bagi menyokong proses ovulasi tersebut... Selalunya ia berlaku dalam tempoh 10 hari - 14 hari...


Masa yang sesuai untuk bersama

Untuk makluman anda, sperma boleh hidup selama 72 jam (max) di dalam rahim kita... Jadi disarankan untuk bersama suami adalah pada 2 hari sebelum proses ovulasi dan 2 hari selepas proses ovulasi...

Jika hari ovulasi anda pada hari ke 9, anda digalak untuk bersama suami bermula hari ke 7 hingga hari ke 11... Jika hari ovulasi anda pada hari ke 14, anda digalak untuk bersama suami bermula hari ke 12 hingga hari ke 16...


Cara lain untuk menentukan waktu subur
(bagi yang mengalami period yang tidak teratur, ia tidak sesuai untuk diguna pakai)

1. Suhu Badan

Pada waktu subur, suhu badan kita akan naik cikit disebabkan peningkatan hormon yang mendadak... Cara ini agak sukar sedikit sekiranya kita merasa badan kita nak demam atau kurang sihat...

2. Lendiran faraj

Pada waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa, seiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat... Kebiasaannya pada waktu ini lendiran tersebut akan lebih likat berbanding hari2 biasa... 



3. Guna evolution test strip

Dengan menggunakan evolution test strip, ia mungkin lebih senang dan tepat bagi mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin... Ia dapat membantu meramal masa ovulasi dan ouncak kesuburan... Keputusannya adalah cepat dalam masa 5 minit dan menghampiri 99%  ketepatannya...





Set Kesuburan Shaklee

Bagi yang mempunyai masalah kesuburun, NaNa mencadangkan anda mengambil makanan tambahan untuk kesihatan dalaman anda... Ia akan membantu anda mengatasi masalah period yang tidak teratur dan masalah sperma yang tidak sihat...





Untuk Suami

CoQ Health - membantu meningkatkan kuantiti sperma dan meningkatkan pergerakan sperma

Vita E Complex - membantu penghasilan sperma yang berkualiti & mengatasi masalah dalam lelaki

Zinc Complex - menjaga kesihatan prostat serta memberi tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum



Untuk Isteri

GLA Complex - membantu memperbetulkan kitaran haid



B-Complex - memberikan asid folic dan keperluan vitamin B bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan



ESP - membekalkan protein dalam pembentukkan sel

Alfalfa Complex - mengeratkan keintiman wanita dan bertindak sebagi kacip fatimah








Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE  ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend) dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan