9 Nov 2014

NAK SIHAT??? BERSOLATLAH!!!

PENGEDAR SHAKLEE SEMENYIH : NAK SIHAT??? BERSOLATLAH!!!


Assalamualaikum & Salam Sayang




SOLAT merupakan Rukun Islam yang Kedua dan diWAJIBKAN ke atas SEMUA umat Islam... Ia merupakan ibadat yang asasi dalam perhubungan antara manusia dengan Allah swt... 


SOLAT adalah khusus kepada Allah swt... Ia tidak boleh disertakan dengan niat lain... Cuma apa yang ditekankan di dalam kajian ini adalah kesan sampingan daripada berSOLAT, di mana manusia akan memperoleh kebaikkan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya... 


Kajian Ketua Pakar Penyelidikan Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim, menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat...

Di dalam  satu pembentangan kajian yang bertajuk "Kesan Postur Badan dan Pergerakannya Dalam Solat" menjelaskan bahawa pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan...

 
1. Merehatkan Badan

> Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat. 
> Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. 
> Ia mampu melancarkan pergerakkan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.


2. Melegakan Tulang Belakang

> Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua-dua belah lutut dengan meluruskan tangan. 
> Posisi 90 darjah seperti disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.


3. Menguatkan Otot. 

> Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. 
> Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.


4. Jantung lebih Sihat

> Manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat. 
> Jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia. Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60 - 80 denyutan seminit. 
> Tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit. Semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga. 
> Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia. 
> Dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik.


5. Mencegah Penyakit Darah Tinggi

> Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi. 
> Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit. 
> Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala. Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat. 
> Posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah.


6. Mengawal Emosi

> Ibadat solat lima waktu juga mampu mengawal emosi dan tahap kestabilan mental seseorang. Walau bagaimanapun, ia harus dikerjakan dengan tertib dan sempurna. 







Semoga ia bermanfaat kepada semua...


Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE  ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend) dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan