26 Okt 2014

SANTAI PETANG DI HARI SABTU

SANTAI PETANG DI HARI SABTU


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Akhirnya tiba la kerajinan untuk membaking di petang sabtu... hahahhahaha... Sejak tempoh "mabuk" telah berlalu, macam2 terlintas di dalam fikiran nak membaking... cuma... tunggu kerajinan dan kelapangan masa... Nak baking waktu weekdays memang tak dapat la jawapnya... Hanya hujung2 minggu sahaja masa yang ada....

So petang ni NaNa membaking PUDING ROTI BAKAR... Last NaNa buat puding roti ni rasanya 8 tahun yang lepas.... hahhahaha lama giler kan... resepinye pon ntah ke mana2...

Memandangkan terasa nak membaking juga, maka pakcik Google adalah sumber terbaik... Setelah blogwalking di pagi hari terjumpalah resepi yang sangat2 senang & bahan2 pon memang dah ada di rumah...

PUDING ROTI BAKAR

 Roti sedia untuk dibakar


 2 orang chef yang sibuk nak menolong di dapur... Nasib chef kecik tengah tido... Kalau tak, alamat la....


Tara!!! puding siap dimasak :)



Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan Puding
* 7-8 keping roti
# 500ml susu segar @ 2 cawan
# 4 sudu besar gula halus
# 2 biji telur
# 1 sudu teh esen vanilla
# 1 sudu teh serbuk cinnamon (tak guna)
* 2 sudu besar batter - cairkan
* 3 sudu besar kismis (NaNa gantikan dgn coklat cip)

Cara-cara:
> Satukan bahan2 bertanda # di dalam mangkuk, digaul sehingga sebati
> Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi... Biarkan terendam dan meresap seketika
> Masukkan sebahagian kismis dan butter cair, gaul sebati
> Masukkan ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter
> Taburkan lebihan kismis tadi di atas adunan
> Bakar pada suhu 180 c selama 30 minit atau sehingga masak


Bahan-bahan sos kastad

* 1 tin susu cair
* 1/4 tin air (gunakan tin susu cair tadi)
* 2 sudu besar tepung kastad
* 2 sudu besar gula

Cara-cara:
> Campurkan semua bahan di dalam periuk, gaul sehingga sebati (tiada ketulan tepung)
> Masak seketika di atas dapur dengan api sederhana 
> Tuang di atas puding roti yang telah siap tadi




Jika berminat dengan produk SHAKLEE boleh hubungi NaNa seperti di bawah:

Call/whatapps/sms: 012 6052250
Email : ielyn45@gmail.com
Add FB: Julieana Mohd Tusin
Blog: http://pelangihatimama.blogspot.com



Jika anda ingin membeli produk SHAKLEE  ataupun yang nak COD area Semenyih, Kajang, Beranang, Jalan TAR (weekdays waktu office hour), Keramat AU, Taman Permata, Hulu Kelang, Cheras (weekend) dan sekitarnya bolehlah set appointment dengan NaNa yer. Jika yang berada di luar kawasan ini pon masih boleh dapatkan vitamin HEBAT ini dari NaNa. NaNa akan poskan ke alamat anda di Seluruh Malaysia.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan